Jom click

Monday, February 6, 2012

mari dengar satu cerita

hidup segan, mati xnak..memang, usang tahap dewa, xdipeduli, itulah keadaan blog ini dlm beberape bulan after raya.. haha.. post paling latest pun psl raya bulan 8 tahun lepas..

eh, aku nak cerita ni, skrg aku ade bela anak kucing..dari dorg sekecil tapak tangan..poyo x ayat? haaa, name dorg aku kasi Piko dan Pibi...kenape? xde sebab yg konkrit pasal aku kasi nama ni ermmm sbb... aku suke sebut mcm tu... mule2 nak kasi nama dorg Awang dan Dayang, since dorg ni pun sepasang jantan n betina.. Piko jantan, Pibi betina... dorg ni mcm kembar sbb serupe gila..

kecomelan dorg memang di tahap yg sgt kritikal lah boleh kata... semakin besar, semakin nakal dan kuat berak... jenuh gak ar main taik dia..opss... buang taik dorg 2 ekor ni..tapi dorg x berak bersepah, mmg akan berak kat tmpt yg disediakan... info utk semua pembela kucing, pasir taik kucing murah kat carrefour alamanda!! serius jimat...dan cepat laku... kdg2 kene berebut kalau nak beli bila habis stok! aku pun pelik, adekah pasir ini boleh dimakan sampaikan laku bak goreng pisang panazzz...?

bila balik dr opis, tgk muke dorg dan belai, fuh hilang stress...seyes, aku x tipu.. dulu mase awal2 culik dorg ni drp mak dorg, kutu dorg byk!! tapi skrg dah ok, bg mandi ngan syampu kutu yg mahal itu, mmg berkesan ar... mati siap ternganga kutu2 tu...tu yg best je pelok dan belai dorg utk hilangkn stress...

dorg ni tgh dlm proses dijinakkan..hahaha, method yg aku guna adalah rotan dan pistol air... dorg akan takut kalau aku marah.. (makhluk mane tak takut kalau tgk qad marah) tetibe terngiang2 suara tu.. ok xpe, sambung balik, Pibi n Piko akan buat muke comel gila babun bila kene marah sampaikan rasa x jadik marah sbb muke dorg seyes comel bile takut...hahaha... penah sekali, masa baru balik dr kedai, aku dgr mcm ade anak kucing tgh meraung... fuh, seyes aku suspen sbb aku bajet itu dorg..tapi bila aku bukak pintu, eh...dorg elok je baru bangun tido.. suara anak kucing sebelah rupenye....kat situ aku sedar, sebenarnye...AKU SYG DORG sgt2...=P mahu x sayang, dah byk duit aku spend pelihara dorg..hehehe...


Ni lah wajah2 comel tu....Pibi dan Piko

Monday, August 29, 2011

esok raya!!



Mode: Raya sakan
Lokasi: Bilik sendiri
Muzik Latar: dam dim dum...bunyik mercun

Okeh, sempena raya ni nak ucap SELAMAT HARI RAYA kat sume2 kawan2 khususnya pengunjung2 blog usang aku nih..walaupun usang jarang dihuni, korg tetap setia mem-follow-nya tanpa paksaan...tenkiu so much la!! Then pada semua kawan2 lain jugak... pada kwn2 baek, dak2 TEATER...xkesah la dari mane2 produksi pun, Pentas ke, Seta ke, Komplot Ceretek Production ke...richkey Creative production..sume2 lah produksi yang penah aku join... dan jugak xlupe kat sume geng2 model talent upm... thanks semua...

New updates pasal aku skrg, aku dah keje..kat UPM...tp untuk sementara je kot...insya Allah dalam masa tdekat akan usahakan untuk sambung master...cume masih tunggu confirmation dari pihak fakulti pasal pelantikan aku as tutor kat situ..masih menuggu proses itu!! tp ade backup plan jugak psl ak baru dpt offer utk buat master under grant~ syukurlah...Dan skrg aku dah jadik felo K10!! hahahaha....x sangka kan? xpelah, kembali berbakti pada kolej...tempat aku membesar 3 tahun ni....membesar ok!! hayati maksudnya...(pandang perut) haha...alhamdulillah rezeki diganda lagi bile aku dpt jadik instructor Teater untuk kelas kokurikulum berkredit kat upm... huyeaahh boleh stabilkan pendapatan sket walaupun dah keje...aku nak jadi guru teater yg garang!! ngaumm!! haa lupe nak bgtau, kat UPM, aku keje jadik pen.pegawai kat research management centre... sementara tggu yg offer yg better, ok lah keje sini...boss2 aku baik...=D...

Minggu depan dah kene start keje balik...lepas raya akan bakal bz dengan pelbagai komitmen... peliknya lepas raya byk jadual clash sana sini.. paling pelik pada tarikh 17 September sbb semua bda nak berlaku hari tuh!! wargghhh tension btol!! meh aku senaraikan kejadian yg berlaku pada 17 sept.2011 tuh...kak lynn buat open house hari tu dan tarikh tu dipilih sbb mak ayah aku dtg kajang dari 12-19 september..pastu 17hb tu jugak ade taklimat utk intructor teater tuh, dan ade seminar teater kat aswara... pastu 16-18hb kene gi penang n kedah sebab akan jadi MC untuk majlis perkahwinan..nak pulak 17hb tuh pertandingan MTB.. sgt jemm... (zzzzz tido sambil berdengkur) hahaha...sgt gile!

Lepas raya ni pun ade pertandingan besar teater kat putrajaya...harap sempat utk buat preparation semua tuh... pertandingan nih mcm besar jugak... doakan kami menang ok!! go go komplot ceretek nama team kami!!!

Ok, sampai sini dlu lah..ermmm ini bukan entry raya tau!! nanti ar update entry untuk raya pulak...ce teke baju raye aku kaler ape? haha..ok tggu next entry!! kalau ak menyempat nak update lahhh..hehehe...bye!



_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?455a50b1cfb8dffc13880122a1f75ef2

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?455a50b1cfb8dffc13880122a1f75ef2

Tuesday, July 26, 2011

Teater Monolog: Kroma



Mode: Teater
Lokasi: Somewhere I Belong
Muzik Latar: Dup dap dup dap

Selalunya warna dikaitkan banyak perlambangan dalam psikologi. Banyak maksud yang dibagi untuk mewakili setiap satu jenis warna yang wujud. Selain dari maksud2 psikologi nih, ada banyak lagi simbolik perlambangan digunakan pada warna. Xkesah la dalam seni reka, menataan cahaya, photography dan bermacam-macam benda lagi. Dan setiap warna ada kuasa warna yang dinamakan Kroma.

Okeh, kali ni terbuka hasrat ingin expresikan idea dalam bentuk seni persembahan teater monolog pula untuk menunjukkan bagaimana interpretasi warna melambangkan sesuatu perkara. Kalau selalu aku main warna masa nak create design, meh kali ni dibuat dalam bentuk penyampaian nilai secara lakonan. Teater monolog Kroma ni dicipta kami bertiga, Qad,Amin,Reiza... GTGT production (group tengah gian teater production) hahaha ...jadi kali nih ianya akan dipersembahankan menggunakan konsep warna semata2. Dan watak2 dalam citer ni diwujudkan based on nama warna yang logik digunakan oleh manusia... (selain ali,abu,bakar,siti...etc) Itu semua nama2 klise yang kite selalu dengarlah kan? huhu

Okeh, dalam Teater Monolog Kroma ni, Reiza akan bawak watak sebagai Putih..nama ni dipilih atas dasar menjiwai maksud psikologi sifat warna putih iaitu, sifat kerohanian yang tinggi... jadi maksud warna ni akan dijadikan perwatakan watak Putih dalam teater nih..iaitu seorang anak gadis yang taat pada ibunya, bekerja sementara di kedai jahit ibunya, bijak, cemerlang dalam pelajaran, dan mempunyai sejarah silam yang pahit...

Seterusnya, warna Hitam, watak yang akan dilakonkan oleh Amin.. Tapi dalam teater ni, nama watak ni dipanggil "Black", based on perwatakan agresif yang die akan bawak... Kalau kite kaji dari segi maksud psikologi warna hitam, sifat warna ni menggambarkan unsur negatif dan agresif..bersesuaian dengan perwatakan Black dalam Teater Monolog Kroma nih..iaitu seorang mat rempit, samseng, penagih dadah dan remaja liar yang tidak memikirkan masa depan.

Dan yang lastnya watak Merah, yag akan dilakonkan oleh aku..Merah ni secara pengertian psikologi warnanya, bersifat ganas, baran dan bernafsu tinggi! hahaha.. ok fine.. Bersesuaian dengan perwatakan Merah dalam teater ni, die seorang anak orang kaya yang playboy, berlagak dan over confident!

Dalam perkembagan ceritanya nanti, ada pertembungan kisah diantara tiga watak ni...which is sebenarnya dorang 3 ni dah pun mati dalam satu kemalangan yang tak disengajakan ...ngehehe...kisah yang lebih lanjut, hanya akan disaksikan pada pementasannya nanti...ok bai!

Tuesday, July 12, 2011

Madah Berhelah

Mode: Kosong
Lokasi: Bilik sewaan 507
Muzik Latar: Madah Berhelah-Ziana Zain ahak!

Hurm, ini kali pertama aku rasa mcm sangat suka lagu ziana zain...hehe...touching sket dengar.. ahhh jiwang kan? confirm aku kene gelak ngan member2 aku pasni huuu...biarlah, mungkin sbb aku je yg paham sbb aku yg merasa dan menanggung peritnya... tadi godam2 youtube, tetibe rasa nak click lagu nih...ni bukan lah kali pertama ak dgr lagu ni, b4 ni ade penah dengar, tp x amek port nak menghayati.. sbb die lagu pompuan... tapi bila dgr2 balik, situasi lagu ni bukan berlaku pada pompuan jek...kadang2 ia akan berlaku pada kaum laki gak..contohnya aku~ hehe...xpe, ape2 pun mmg aku dedicate lagu ni pada sumone yg selayaknya mendengar lagu ni... insan yang pernah bunuh aku sampai aku pernah terbujur kaku sedih mcm nak mati... xpe xpe... biar jek.... what goes around comes around.. aku akan buat ko sgt2 menyesal seumur hidup ko sbb buang aku mcm tahi.. akan aku persembahkan setiap kejayaan aku dan kegemilangan aku kalau keikhlasan aku selama ni x cukup meyakinkan kau yang aku adalah yang terbaik buat kau...sbb aku dah buat semua yang terbaek utk hubungan ni..

Meh layan jap lirik dia...kalau terasa sori~ Kalu nak ikutkan, aku lagi terasa..sampai skrg kot..walaupun ko dah bahagia dgn org lain dekat 2 bulan dah~

Di dalam sendu yang teramat
Kulihat senja yang berlabuh
Dan malam pun melepas layar
Kaku aku di sini
Bersama harapan terbakar

Verse 2:
Siapa di antara kita
Yang dulu memula sengketa
Pastinya diriku bagimu
Yang engkau anggap punca
Biarpun ketara engkau yang mula

Chorus :
Bukan sekali kau suarakan
Kebimbangan pada cintaku
Kau tak mampu
Bersendirian tanpaku
Itu semua lembut lidah manis madah
Penuh helah yang pastinya
Aku adalah sandaran
Bagai hilang semangat diri
Keyakinanku..terlebur kini..

Verse 3 :
Sesungguhnya kau ku sanjung tinggi
Bererti hanya kau di hati
Sayangnya kejernihan cinta
Yang mencermin setia
kau keruhkan warnanya..
(Kau keruhkan warnanya X 4)
(CHORUS)
(VERSE 3)


Nota Kaki: Yang peliknya, benci mcm mane pun aku pada kau, sayang aku xpenah nak mengalah...aku xsuka perasaan nih...sbb aku boleh gila kalu asyik pikir apa yg kau buat... sekejam2 aku, ko lagi kejam~



Ni gambar aku buat as reference masa nak beli cincin utk ko...sbb ak x tau saiz jari ko sbb xpenah pegang atau rasa tangan ko...(based on proportion saiz hidung aku jek) hahak... Malangnya saiznye x cun sket, dan mungkin ko akan jadikan ia alasan pelik utk jatuhkan cincin tu kononnya sbgai petunjuk utk ko lari dan curangi aku..

Sunday, June 26, 2011

Deadlock

Mode: Xberapa ok..
Lokasi: Kediaman sunyi 546
Muzik Latar: ermmm..Everybody groove thru the music, everybody jem!!!!!! ahaaa! -BSB lama2

Setiap kali nak update blog pun mesti nak kate dah lame x update...so kali ni xnak ckp dah ar...psl mmg dah selalu lame2 dan x terlalu aktif nak berblogging buat masa nih...psl xde mende nak story sgt. Lagipun, sekarang lebih baik berahsia dan tidak memberi sebarang komen ttg apa yg berlaku.

Setiap kegemilangan ade bayarannya, indahnya rupa, xkan jelas kelihatannya tangis. Setiap perkara xkan berlaku dlm situasi dan kondisi yang sama semacam perkara yg sudah...proses melakar sejarah bukan perkara semudah yang disangka. Allah berikan aku petunjukMU. Jika benar aku yang bersalah, selamatkan aku dari terus mendustai dan menderhakai kehendak org tua ku. Cuma aku ingin mahu rasa kebertanggungjawaban sendiri, tapi kenapa susah benar untuk segalanya berlaku mengikut apa yang dirasakan benar~



Sekarang ade byk perkara tgh belenggu fikiran..terlampau byk sampai rasa macam nak krem otak! Tapi cuba jugak bertahan. Tahan arghhhhhh..arghhhh.. arghhhhh .....ahh.(meneran sakit) Dem! Drama ke ape? huh~rindu teater..

Malam tadi mak ayah kol, sekali kol mcm ok..kali kedua, kali ketiga..hmmm...nasib baik kali keempat belum lagi mlm td...xtau nak crite mcm mana sbnarnye sbb perkara nih terlampau peribadi..tapi apa yang jelas, aku mmg dalam kebuntuan dan kepayahan yang amat... try utk tidak tunjuk dan meminta2 simpati org yg memandang, tapi kadang2 apakan daya, Allah ciptakan manusia dgn hati dan perasaan.

Kebuntuan ini perkara yang sedang pasti memakan jiwa. Sampai bila agaknya..

Tuesday, May 31, 2011

Bumper: Ulang Tahun

Mode: Terkenang...
Lokasi: Home Sweet Home
Muzik latar: Happy birthday to youu..

Huish lame dah update blog...dah hampir sebulan rasanya. Hampir usang. Huyeahh, blog aku dah masuk ulang tahun ke-2..wuwuwuwuwu..dah besar dah yer...patutnye ptghan bulan 5 aritu dah kene buat Bumper Ulang Tahun ni...terlambat sket..okeh tapi still sempat psl masih bulan 5. Last day of May~ Bumper kali ni, jum imbas balik ape yg dah jadik setahun ni...jom jom! Sambil tu, meh sini imbau foto-foto kenangan sepanjang masa setahun nih~



Team Teater Aladin

After update bumper blog yg lepas, ingat lagi mase tu tgh bz ngan praktikel n teater aladin..hahaha...siang prektikel, malam teater...selama dua bulan macam tu la rutin aku... sekali la ngan amin ngan reiza. Haha rindu pulak time2 pegi trainning kat Bangsar. Memamng ar, kdg2 ktorg tension gak trainning teater aladin nih, sbb dah la jauh kat Bangsar, pastu ktorg kene naik KTM n LRT...memang seyes sedih gile, tp xpelah, sendiri carik penyakit kan..tanggung jelah..hahaha...suke tu suke join produksi tu, tapi bile dah mcm penat dengan jarak ngan masa, kadang2 tu nak putus asa pun ade. Tapi kene lah habiskan sampai show...memang byk kenangan disebalik rutin training hari2 ke Bangsar tu. Hahaha, biarlah jadi rahsia kami bertiga. (n_<)' Rindu makanan masam yg ktorg beli kat LRT Bangsar selalu. Warna hijau, benda tu panjang2... ngahahaha



Ngan junior~baek x aku sebagai abg senior? haha

Habis je prektikel dan show teater aladin, terus bukak sem.. dah busy la menjadik fasi utk Keep Jumping. 2 Tahun handle keep jumping, seronok! Sambut junior dengan kekejaman hahahaha... xdelah, biaselah tu, dulu aku pun kene gak Keep Jumping. Rase time aku dulu lagi teruk kot kene psl fasi ktorg masa tu lecturer sendiri...ade lecturer Palapes plak tu...(jeling En Nik) haha.. tapi skrg lecturer tu jadik kamceng. Memang takut gle mase keep Jumping zaman aku... hihi.. aaaaa aku xkan lupe peristiwa kene nyanyi berbaring kat jalan raya.. pastu kene simbah ngan air kalu lupe lirik..pastu peluk pokok durian tgh2 malam sambil nyanyi lagu faizal Tahir...hahahahahahahahahahaha...(asal aku citer peristiwa 3 tahun lepas ni)...karangan terpesong ni~



Genting Best!

Bulan 7 ke 8, aku xingat..tapi tu lah first time gi Genting Highland.. ngan Reiza, Yana n Amin. Yeah thanks korg tige sbb realisasikan impian aku. wakaka... aku ingat lagi, mase tu aku xdpt nak naik bus ke Genting sbb aku tgh pegang ais krim McD! arghhhh mane aku tau xbole makan aiskrim dalam bus!! huhu....nyaris bergadoh gak ngan pak cik bus...nyaris ke? dah bergadoh dah.. nasib baek aku x baling je aiskrim tu kat muke tauke bas tu...geram gile. Tapi nasib baek, keriangan dirasai dgn best mase kat genting walaupun sempat main 2 game je...ramai sgt org. (Hhurmm)



Member MPP, bukak posa sekali


Raya 2010

Pastu raye~balik sarwak.. Raya tahun lepas meriah sket pasal kak Lin sefamily balik Mukah. Mak ayah pun dah buat umah baru, raya first kat rumah baru. Heehehe, bile dah rumah baru, biaselah, tetamu akan ramai...waiters yg paling busy hidang air utk tetamu mestilah aku n kembar aku...tapi takpelah, setahun sekali je raya...



Team Produksi Teater Delaila

Team Produksi Teater Selalu

Pas raye terus busy ngan Pentas-Care 2010...hurm byk kenangan Pentas-Care tuh...ye memang byk...pasti xkan lupe. Itu antara program paling besar yg pernah aku kemudi. Payah xyah citer ar, asalkan dah minat dan niat betul, alhamdulillah, berjaya jugak Program tu... mmg banyak dugaan...tapi puas hati. Meletup2 nama Pentas UPM masa tu, kuar akhbar sana sini... Lega bile semua berjaya. Ingat lagi kegigihan kene tido kat astaka utk training... fuh~ Semangat team produksi n pengurusan tu yang bawak program ni berjaya.. Tak mungkin kalu boleh bergerak sendiri. Fuh, xpe...nanti aku akan rindu kehidupan kampus ni...hAAA! Time tu jugak, Amin konvo! Waaa jelesnye tgk orang dah habis belajar... Aku n Reiza sempat menyebuk masa Konvo Amin..kih3..


Konvo Amin



Team Produksi Teater Had:60

Team Produksi Teater Bukan Bunuh Diri

Then masok tahun 2011, serius terus je busy gle...mule dgn teater Had:60 dlu...then sambung lagi ngan teater Bukan Bunuh Diri...Siang malam kepenatan...dalam pada tu, study x tinggal ok.. walaupun ade lecturer yang dah tegur, "sudah2 la tu qadry"...heeeeeeeeeeeee...baik, yang ni last b4 fokus FyP....semngat Fyp tu ade, tapi belum dtg hantu masa tu...tp ince dah dtg hantu tu, mmg kaw2 ar kasi...dan aku happy dgn hasilnyer...

Adam: watak paling berat aku pernah pikul~ergghh

Malam Anugerah Festik

Pastu gi UC ngan budak2 course...satu jabatan pegi PD..PD je pun..huhu tp ok la enjoy jugak kat sana...seronok psl diberi lagi sekali perkena junior..ahaks! jangan marah haa adik2 ku....ni perkara biase dalam hidup kampus, aku pun pernah lalui bda ni semua...UC ni family trip jabatan sebanarnye...semua lecturer, students n staf akan terlibat utk gi bercuti ramai2...ala2 bercuti kot...eh, family day laa..eh, tak...huhu..x paham..(sort) hahahaha

Team UC senior 3rd Year

Tetibe gambar ni tersesat~ ni UC bile nih??haha xpe..teredit~

Photoshoot tetap ade walau busy mane pun...heee...x sangka sekarang ni dah jadik pelakon n model sambilan..hahaha..(ketawa keji)...sesaje je sebenarnye, isi masa lapang..minat tu mmg minat ar sikit...tapi mungkin cabang ni, bukan kerjaya utama untuk aku nanti..part time tu mungkin boleh..sementara masih muda ni kan... offer datang, xkan nak tolak? Kang orang akan ada persepsi tak baik pulak..huuu... kalu gi UPM, asyik2 jupe muke aku kat media2 cetak UPM, kalu xsuke buang ar, kalu suke simpan..hahahak..(tutup muke sambil malu) huhu

Ngan model2 wanita UPM..heee..


Photoshoot KPT dengan Model2 Lelaki UPM

Ahaks!! Cover page~

Model Akademik


Shoot Magazine Dara.com

Antara peristiwa best gak sepanjang tahun ni, masa pegi bercuti ngan family kat pangkor.. Yes, best.. ni first time aku ade peluang utk scubadiving. Tgk ikan dan minum air laut haha...tapi yang bestnye dpt peluang bercuti ngan family, bukan senang dpt bercuti ngan family ni, sbb masing2 pun busy...erk...

Cuti-cuti Pangkor

Tahun 2011 ni jugak antara tahun paling murah rezeki jugak ar...tahun ni aku dapat 3 anugerah dari UPM. First dapat Anugerah Putera Intelek. Then, Anugerah Kempimpinan Kokurikulum, then yang paling besar setakat nih, Anugerah Naib Canselor. Syukur gile. Usaha keras akhirnye dapat pengiktirafan macam ni. (terharu jap)...doakan lebih murah rezeki lepas nih...uhuhu

Anugerah Putera Intelek

Anugerah Kepimpinan Kokurikulum

Anugerah Naib Canselor

yang tertinggi pernah dicapai setakat nih huu~best2

Sempena bumper Ulang Tahun blog nih, Header blog pun dah tukar...bagi nafas baru..huhu.. harap pasni lebih byk masa lg utk di-spend ngan blog nih.. doakan aku dapat keje cepat. Aku xtahan menganggur! huhu...k chaw~ jupe lagik~

Nota Kaki: jobstreet antara laman kegemaran buat masa nih..hahaha waaaaaa mane keje nih~~


Bye2 header lame~

Saturday, May 7, 2011

Mahkota Petak nanti...

Mode: Sedih-sedihan
Lokasi: Bilik 163 di hari-hari terakhir
Muzik Latar: Salam terakhir..(WAH!!) wuuuuuu ='(

Okeh, lame x mengodam blog nih..rasa2 dlm sebulan jugaklah kot. Komitmen penuh mmg untuk final project sahaja. No teater, no ronggeng2... fokus gle...itu yg speselnya final project aku kali nih. Salunya, aku akan menyimpang buat keje lain jugak sambil siapkan project semester... tapi utk projek tahun akhir nih, serius aku bg sepenuh masa dan hati cinta dan rasa. Ye, aku puas!

Gembira bile dpt komen positif drp pensyarah2 ttg projek akhir ni. Kiranya berbaloilah aku beriya-iya nak gempak2... sbb kawan2 lain pun gempak2 jugak.. xkan kite nak tertinggal kan? So kalu ade juniors aku yg baca entry nih, (kalau ade) huhu, do ur best! U are next! Ktorg batch ke-7 Bacelor Rekabentuk Industri ni memang sentiasa doakan family IND kite the best setiap mase.

Mahkota Petak...insya Allah bulan sepuluh nanti, aku n kawan2 kelas akan pakai ramai2!! Seyes macam sedih gile kene bpisah ngan budak2 kelas..rasa mcm x best dan aku x suke perasaan nih... aku x suke perpisahan... pas ni susah dah nak jumpe psl masing2 dgn hala tuju masing2... jauh pulak tuh keje, then susah dah nak lepak2 sama2... mungkin Fb jelah pengikat kekal silaturahim ini..itu pun kalu Fb kekal wujud selamanya..frienster pun boleh terkubur kot..(-__-) paling sedih sesi salam2 petang semalam...hahaha... rasa mcm nak sedih tp cover2.. malam tadi lepak overnite ngan dak2 kelas ni buat rasa lagi mcm x bestnye berpisah...harap korg ramai keje kat sekitar lembah Klang je...senang nak roger2.

Penuh bermakna...

IDEAL 7, pengakhir segala kenangan bersama.. Aku berbangga dipilih mendukung kepercayaan untuk jadi Pengarah Program IDEAL 7 nih.. terima kasih rakan2 kelas yang sama2 menjayakan program nih... walaupun ade berlaku cakap2 sini, gadoh2 sini dalam pada proses menjayakan program nih, aku x kesah.. perkara tu biasa spjg aku belajar dlm organisasi yg aku involve....aku terpaksa push atas dasar kerja dan impikan program ni berjaya..dan alhamdulillah, ianya sgt berjaya dan kite berjaya mendapat kunjungan dari Perodua, MIMOS, IPTA n IPTS lain....bukan kunjungan je, tapi offer utk kerja sekali ok!! huhuhu ..... Antara sedar atau x, program ni adalah pintu untuk kite masuk ke alam kerjaya... 3 tahun beb kite study sama2, mule kenal masa Keep Jumping 2008. Ahhh...sedih bile imbau balik kenangan2 itu...sbb skrg dah berpisah~ Kalau selalu aku banyak spend masa dengan kwn2 teater, mpp...tapi kali ni rasa sgt bertuah sbb dpt same2 buat program besar ni dgn korg..sebak sial!! aaaa...ok... Sbb dari tahun pertama kite masuk UPM lg, aku mmg ade tanam niat utk ketuai program ni bile aku pernah jadik AJK TOLONG2 untuk senior masa Degree Show 2009 dulu... tapi hasrat tu xpernah citer kat org lain sbb ala2 malu kunun, tapi mahu~...aku akan rindu korg semua. Deep from my heart..i swear!

dulu2........(tgk tarikh gambar tu!!)

Beberape bulan lagi kite akan jumpe saat bertopi petak. Hari kemenangan kite. Aaaaa mati ar, time tuh mebi semua dah berubah gaya dan keadaan... mungkin ade yg dah kawen..ade yg dah jadik org kaya...dan aku, ...insya Allah ade plan ke arah kestabilan tu, tapi nak rehat jap beberape minggu... insya Allah kalu ade rezeki, aku akan sembung trus study.. kalu sempat, september ni, atau september tahun depan bak kate pensyarah aku... mungkin di luar.. ahahaha, impian nak study abroad mcm hampir tiba, takut of kos ade..tp risau jugak kalu mak ayah x lepaskan..sbb dorg mcm x tau lagi. (=_______+) erk...aku cube yakin mereka.

Hari ni nak celebrate ngan dak2 Qabaians pulak...ade BBQ..waahhh harap semua ade... 14hb ni dah nak balik srwak dah..bercuti dan berehat..(tapi aku rasa, kejap je aku mampu betahan tuh).. aku x reti duduk rumah diam2 x buat ape2... sedihnye lepas ni dah x tinggal kat kolej dah...habis dah pun zaman degree...mcm pelik je rase..oh, dah habisssss.........ok ayat pening...abaikan.


Nota Kaki: Masa tu xkan kembali...hargailah setiap saat...setiap saat yg berlaku, akan menjadi kenangan...biar pahit, atau manis...ia tetap bermakna~ selamat beramal..

Thanks to all my VVIP:

Pizam
Asmuni
Gafur
Kak Sarah
Iezan
Syaza
Shahfik
Zimah
Seri
Armyrul
Tok We
Kodeng
Saham
Ayat
Zahin
June
Kai Xin
Ngau
Sam
Ezy
Earnie
Moe
Yaya
Syaz
Rai
Chot
Faiz
Borhan
Nabil
Lukman
Apiz
Jamal
Paan
Pie
Arin
Mary
Matin

(ranya aku dah sebut semua tp mcm x cukup 38 org) *-*

Friday, April 22, 2011

58th

Mode: Aaaaa...
Lokasi: Studio
Muzik Latar: Bunyik Transformerz, kzek krik kzehkk

Pagi tadi aku dikejutkan dari tido oleh bunyik alert msg sony ku, kzek kheks krheskkk...(ala2 transformez konon) dan "oh, sms dari ayah.." , keadaan yg mamai... "Damn!"...aku terbeliak mata baca ayah aku ckp, "u missed my bday son"....serius macam dlm kepenatan yg mamai tuh aku segar bugar serta merta....gile lah!! semalam bday ayah!!



Yang ni kek Hari Jadi mak tahun lepas..

Bile nak makan byk2 lagi mcm nih...?

Aku mengaku silapnya aku...(U_u)'..semalam terlampau bz, sampaikan lupe bday ayah... Ok fine. Angkat tangan, tembak aku ramai2!! Semalam aku bz uruskan majlis dialog kat fakulti. Aku jadik flow manager~ wah! jawatan ni buat julung kali aku pegang..heee..salunye aku sibuk mengarah2 je jadi pengarah event, x pun aku akan jadik ajk publisiti...which is mmg kepakaran aku kat situ ngehehe..edit2 poster..syok! tapi kali ni saje nak rasa jadik flow manager walaupun sebenarnye lecturer suruh aku jadi pengarah program nih pada asalnya..tapi aku pakse jugak sesiape dan akhirnya dpt gak ketua kelas aku yg berani sahut cabaran... lagi pun die seorang yg semangat waja..(bodek pizam).. rupenye susah jugak jaga prtokol majlis~ aku pakai la sikit2 ilmu yg pernah kawan ajar utk handle protokol.. kadang2 bawah event universiti, aku x tlibat penuh dgn protokol, aku jadik usyer atau mc jeh...so semalam aku apply ape yg aku selalu observe dan belajar sendiri daripada pengalaman handle program..huhu.. kadang2 memerhati itu penting!!


Event terakhir aku Showcase Ideal 7, dan aku jadi pengarah (-_-)' .tu jelah jawatan hakiki agaknya heeee..6 mei 2011 ni! jemput dtg semua..program ni sbnarnye exhibition projek final year students...sekarang dlm pada pening buat FYP,tetap jugak bz uruskan bda ni...tapikan sebenanrnye... aku mmg target nak jadi pengarah event ni sejak dulu lagi, dan dak2 kelas pun sebulat suara undi aku tahun lepas utk jadi pengarah! waaa..x sia2 aku senyap2 ubi..tersipu2 masa dicalonkan..hahaha! bukan ape, aku nak jugak rasa buat event bersama dak2 kelas aku kali ni..which is, EVENT LAST kot...salunya aku bkerja gigih ngan mpp, pmf, pentas, seta...dan kali ni mungkin aku patut rasa bersama dak2 kelas aku jugak sempena event terakhir aku bgelar pelajar bacelor di upm. Macam biasa, stress adalah perkara wajib... (pengsan)

Tapi aku dah biasa hidup mcm nih..bz dgn sukahati..aku x reti duduk diam... aku puas bile aktif untuk mane2 hal...mmg dah macam ni..erk... mungkin kah aku pelik??? hurm.. Syukurlah, ayah mcm x kesah sgt..which is die pun maklum pasal aku tgh huru hara bz mcm nak terbang ke langit...rabu depan dah start presentation utk FYP ni...sampai 3 hb.. agak2 seminggu jugak proses presentation..seyes mcm nak mati siapkan benda alah ni...dan baru aku faham kenape senior2 dulu ckp, FYP adalah nyawa untuk grad..ok! paham! sgt!


Habis je FYP, trus ke IDEAL 7, then dinner kelas...pastu balik sarawak. Ayah wish untuk tu, so kene lah tunaikan...bye2 semenanjung...(-_-,)

Nota Kaki: Menghitung hari....

Wednesday, April 20, 2011

Sebelum Epilog

Mode: Monolog
Lokasi: Sebuah ruang bisu
Muzik Latar: (Tiada)....


Entahkan bila luka ini akan terubat. Kejutan hampa yang menyinggah tatkala saat genting menghadapi liku-liku terakhir penentu masa depan. Alhamdullilah, aku punya teman yang masih tidak putus-putus memberi semangat untuk terus utuh berdiri setelah terduduk lemah menanggung arus kejutan dan sebak yang kian membebani kudrat.

Tertarik rasa ingin kembali menulis entri di ruang persendirian ini, berkongsi sekelumit rasa yang tercalar sehingga tertoreh perkataan kecewa yang amat. Lemah, serabut..itu yang mampu ku ungkap sebagai mangsa yang menanggung. Lintasan fikir pernah berkata, tiba masanya aku di balas dek dendam lalu. Mungkin ini hukuman itu. Terima kasih.

Lafaz jujur. Satu, hanya satu. Tiada dua,tiga dan empat. Masakan tiada secebis percaya untukku. Tiada langsung. Kini, aku lah abu yang terbakar. Aku lah cebisan yang pecah. Aku lah fajar yang malap. Aku lah pungguk, yang menanti bulan yang jauh..dan akhirnya terhalang oleh awan hitam itu. Bukan, aku bukan pemangsa seperti yang disangka. Tapi akulah mangsa yang diratah. Hancur tubuhku..mati.

Sekilas pandang dan fikir, mungkin aku mahu menoleh kembali ke belakang. Demi mengatur semula jejak yang salah. Kembali mengatur derapan masa depan. Mengukir laluan yang sempurna. Tapi keraguan masih terpahat kukuh di hati. Aku bukan enggan, tapi ruang masih belum dipenuhi. Sedikit masa, atau lama, aku tidak pasti. Aku bukan penabur janji yang hebat. Aku punya pendirian.

Ikatan lepas, siapa berikan kau hak untuk menilai keikhlasan aku. Kesimpulan kejam! Aku genggam erat tika ingin disarungkan, tapi didustakan tanpa amaran. Pedih! Jika punya kekuatan, ingin aku kumpul segala mata yang menjadi saksi perit untuk menangi ikatan itu. Tapi akhirnya dipadam, hilang. Seribu kali luluh. Demi berjuta kenangan bersama, aku percaya kebuntuan ini akan berakhir. Bila masa, mata dan hati bertemu nanti. Segala persoalan akan berjawab. Aku tunggu saat itu..nanti.



Sunday, March 27, 2011

saat diumumkan...

Thanks K10-11,dan MSG


Mode: terkedu
Lokasi: bilik 163
Muzik latar: Bintang Yang Gemilang

....penerima anugerah Putera Intelek adalah nama aku...jatuh jantung ke tanah. Sejujurnya, sangat nervous sampai rasa nak krem kaki naik atas stage disaksikan rakan2 final year dari pelbagai jurusan...dan yang paling penting disaksikan oleh antara idola kesayangan aku, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin...(mase tu aku dapat salam ngan die,rasa muke merah je..) segannya.. dengar ucapan beliau, serius beliau ade sejarah yg panjang untuk sampai ke tahap sekarang... Tan Sri siap angguk tgk aku..seyes terharu gile laaaaaa!!!!

Thanks jugak untuk kawan2 yang byk support sepanjang 3 tahun duduk kolej sepuluh nih... thanks pensyarah2...thanks pada fellow2, encik mandat n encik izhwan dan lain2 yang bg semangat untuk try rebut award nih...kekeke.. thanks linn yg tolong nasihat jugak...dan amin, thanks sbb support aku kasi rebut award yg ko penah dpt tahun lepas...sekarang kite dah ade sebijik2 title Intelek itu~ hehe... Tahniah jugak rakan2 aku yang lain yang berjaya dapat award, Ketam, Nini, n Gegat...=) otai2 belaka...

Walau macam mane pun, mak ayah salu pesan, jangan riak dan berbangga dgn rezeki Allah..bersyukur itu lebih penting. Ya, rasa riak x pernah singgah..mungkin ade sekejap tp cepat2 btolkan balik...=P sbb nanti trus xdpat ape2 dah lepas nih...btol aku ckp, ustaz aku pernah pesan dulu, sekali rezeki ditarik, maka tiada lagilah untuk mu....cuak2..


Zaman matrik dulu pernah rasa berada jauh di bawah...dengan push family nak aku amik medik dulu, ayah n mak, nak ade sorg anak die masok medikal.. stress punye gile2 memuncak mase tuh.. arwah abg pun salu pesan, "Medik ek Qad"...memang xkan lupe lah suara2 itu... tp aku x minat..aku senyapkan jer... x berani nak cakap ape2....once result first sem je kuar, macam tak melayakkan aku amek medik dah...seyes masa tuh aku kene tegur, sampai aku terasa dan x angkat2 fon bile family aku kol...mase tuh seyes, aku rasa mcm nak gile... seyes rasa teruk gile.. mcm bodoh sgt....aaaa....seyes nanges kalu ingat balik, mase tu aku baring je atas katil x kuar bilik, x gi kafe...x gi surau...x gi lepak ngan kawan2...aku hukum diri aku kaw2 mase tuh... sampaikan arwah abg kol kwn baek aku mase tuh, Afiq, untuk tengok2 kan keadaan aku.... xgi kelas...pastu mis jai datang motivate bawak jalan2 ronda2 Masjid Tanah...hehehe.. ahhh seyes touching bile ingat balik zaman kejatuhan dulu.... kawan2 pun ramai yg bg aku ceria balik, aku kongsi rasa, perasaan dan stress.... (damn, sepatutnye x perlu citer kat sini)..hahahaha.. *blushing

Tapi sekarang aku dapat rasa ape yg org lain rasa..sesungguhnya Allah itu maha adil...percayalah....=') walaupun aku bukan amek kos medik sekarang, aku happy dgn kos yang aku amek sekarang...memang jiwa aku, dan minat aku....so xde sape boleh cakap ape... so selalunya aku akan try nasihat adik2 yg masih skolah,kalau aku ade organize kem untuk sekolah2, aku cakap jelas2 kat dorg, ikut ape yg korg nak....fikirlah yg terbaik.


Nota Kaki: doa mak ayah tu yang bawak aku ke sini sekrang, aku pasti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click-click